www.mutmainah.forumotions.com

Forum Diskusi & Informasi Pengajian VCM
 
IndeksIndeks  PortalPortal  FAQFAQ  PencarianPencarian  PendaftaranPendaftaran  AnggotaAnggota  GroupGroup  Login  Keluarga VCMKeluarga VCM  

Share | 
 

 Valentine Day

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 63
Join date : 20.01.08

PostSubyek: Valentine Day   Tue Jan 29, 2008 10:25 am

Valentine Day

Oleh :Ustaz Iqbal Bin Mohd Sharif
Timbalan Presiden PMIUPM
'Valentine Day' atau hari memperingati kekasih yang disambut setiap 14 Febuari sudah diketahui umum bahawa sambutan itu haram disisi agama Islam.
Bagaimanapun, sambutan hari kekasih itu lebih semarak lagi apabila stesen televisyen memainkan peranan mempromosi sambutan itu dengan pelbagai rancangan yang bertemakan romantis percintaan dan kasih sayang sepasang kekasih.
Bukan itu sahaja, banyak iklan turut terbabit mempromosikan hari kekasih itu bermula dari pawagam, kedai-kedai bunga yang turut memberi harga diskaun, dan juga promosi dari hotel-hotel.
Orang Islam memang diharamkan menyambut sambutan valentine, bagaimanapun larangan tersebut sudah tidak lagi dihiraukan masyarakat akibat desakan pelbagai promosi oleh media.
Tidak dinafikan ramai yang tidak berniat untuk menyambut hari kekasih ini, tetapi promosi yang dibuat secara besar-besaran baik di kaca tv ataupun di suratkhabar telah menarik keinginan mereka untuk sama-sama menyambutnya
Jakim atau mufti mempunyai kredibiliti untuk menegur penguasaan media dalam mempromosikan sambutan supaya Umat Islam tidak leka.
Inilah masanya yang sesuai mufti untuk bercakap soal akidah rakyat negara ini, yang penting golongan pendakwah perlu memainkan peranan Sewajarnya Majlis Fatwa dan kementerian memantau perkara atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam.
Apa yang membimbangkan, setiap kali adanya sambutan Hari Valentine semakin ramai anak luar nikah dilahirkan, kalau inilah yang berlaku kerajaan patut bertindak.
Sejarah Valentine
Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga.
Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera.
Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka. Hal ini membuat Claudius sangat marah.
Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan.
Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St Valentine menolak untuk melaksanakannya.
Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia.
Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.
Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ.
Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.
Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu."
Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata akan dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat St. Valentine sebagai pejuang cinta.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mutmainah.forumotions.net
 
Valentine Day
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Special Valentine Days Pulau Harapan (14-15 Februari 2015) Cuma 345 rb DP 100 RB

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
www.mutmainah.forumotions.com :: KAJIAN UTAMA :: Diskusi-
Navigasi: